Setiap Sykt. Sdn. Bhd. dan Berhad perlulah diaudit. Mengikut Akta Syarikat 1965 setiap Syarikat apabila telah menutup akaun mereka untuk diaudit iaitu untuk 12 bulan. Sebagai contoh sekiranya Sykt. ABC Sdn, Bhd. mempunyai tarikh tutup kewangan setiap 31 Disember…maka perlulah menyiapkan akaun mereka untuk diudit sekurangnya 60 hari dari tarikh kewangan ditutup. Maka pada 1 March akaun mereka telah boleh diaudit pada tahun kewangan semasa.

 

Kegagalan untuk diaudit akan memberikan beberapa implikasi terhadap Sykt. Antaranya:

 

  • Disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 169 Akta Syarikat

  • Tak boleh hendak membentangkan Laporan Kewangan Beraudit pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)

  • Tak boleh membuat pelaporan dan pengiraan cukai Sykt pada tahun tersebut

  • Sekiranya syarikat membuat pinjaman daripada pihak kewangan seperti Bank dan CGC…mereka memerlukan Penyata Kewangan diaudit bagi membolehkan pihak kewangan meneruskan kemudahan yg diberi diteruskan. Contoh kemudahan Overdraft (OD)

  • Penalti yg akan ditanggung iaitu dari SSM dan LHDN dsb.

21703.gif